Umur Arnab Vs Manusia
Umur Arnab vs Manusia
![]() |
| Jagung dan Love |
Satu perkongsian untuk pembaca tentang kematangan umur arnab berbanding dengan manusia. Di bawah ini satu jadual perbandingan umur arnab dengan manusia.
Kita mungkin pernah melihat carta yang memberi jangka hayat kepada anjing dalam "manusia" bertahun-tahun. Ini adalah cara mudah bagi kita untuk mengaitkan berapa umur anjing kita berbanding kita. Saya sering bertanya-tanya berapa umur sebilangan arnab kita pada usia manusia. Oleh itu, saya membuat jadual di bawah setelah melakukan analisis yang teliti di Google. Saya dapatkan jadual ini bagi menambah pengetahuan saya dan juga pembaca agar kita sama-sama tahu ilmu ini boleh di kongsi bersama.
UMUR ARNAB UMUR MANUSIA
1 Minggu 1 Tahun
2 Minggu 2 Tahun
3 Minggu 4 Tahun
4 Minggu 6 Tahun
5 Bulan 14 Tahun
6 Bulan 16 Tahun
1 Tahun 21 Tahun
2 Tahun 27 Tahun
3 Tahun 33 Tahun
4 Tahun 39 Tahun
5 Tahun 45 Tahun
6 Tahun 51 Tahun
7 Tahun 57 Tahun
8 Tahun 63 Tahun
9 Tahun 69 Tahun
Dengan jadual di atas ini, boleh la kita selepas ini mengetahui bertapa cepatnya kematangan arnab antara manusia. Lepas ini, kita takkan anggap arnab itu yang berumur setahun ke atas itu seperti kanak-kanak di alam manusia. So...treat arnab kalian dengan berhemah. Jangan anggap mereka tak faham apa yang kita cakap....hihihi. Selamat memahami arnab anda.
Sekian, sampai ke temu lagi.
