My Rabbitry Cottage by Mieza Ali

Salam kenal buat semua pembaca blog di luar sana.

Di sini, saya ingin melakarkan ucapan jutaan terima kasih kepada pembaca blog ini terlebih dahulu. Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Kat sini saya ingin simpan kenangan tentang penternakan arnab saya yang baru bermula sejak April 2021.

          Selamat datang ke"Rabbitry Cottage Mieza Ali" yang telah di bina sejak March 2021. Pondok ini di bina khas untuk menternak arnab. Sejak melandanya wabak pandemik virus corona-19 ke negara kita, saya telah bercadang untuk menternak arnab bagi mengisi masa lapang dan yang terpaksa berkurung di rumah sendiri kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
          
    Nama saya Cik Mieza Ali. Saya telah mendapat idea untuk penternakan arnab ini daripada sebuah akbar di tanah air kita Malaysia. Dari situ saya telah membuat "research" sendiri bagi mencari ilmu untuk pengetahuan tentang kehidupan arnab dan keperluan haiwan yang comel ini. DARI situ lah terbitnya keinginan untuk membela arnab ini. 
    
Dengan itu saya telah bertemu sepupu saya yang telah pun membela arnab di rumahnya. Saya dapati arnabnya telah pun mempunyai generasi kedua. Dan dari situ saya telah membuat penawaran dengan sepupu saya dan membeli arnab tersebut untuk dijadikan induk. 
    
    Saya belajar menjaga dan memberikan makanan kepada arnab setiap hari. Alhamdulillah selepas sebulan menjaga, arnab tersebut telah pun melahirkan anak-anak yang comel. Tetapi malangnya, anak-anak arnab ada telah mati kerana ibu mereka tidak menyusukan mereka. Saya amatlah terkejut juga kerana masih baru dalam bidang ternakan arnab ini. Sayu hati ini melihat keadaan yang berlaku. Tetapi hasrat saya masih tidak terhenti di situ. Jadi saya kuatkan semangat dan teruskan jua hasrat untuk membela dan memelihara arnab ini. Untuk mencapai impian saya menjadi seorang penternak arnab yang berjaya. Insyaallah....dengan izin Allah swt.


IBU DAN ANAK SEDANG
MAKAN PAGI BERSAMA
      
    Kini, haiwan ternakan saya telah bertambah dari 15 ekor dan kini menjadi 21 ekor. Dalam masa 3bulan pertambahan arnab saya sebanyak 6 ekor. Setelah itu, seorang sahabat telah berminat untuk  membeli sepasang arnab untuk dihadiahkan kepada anaknya. Dia dapati berita tentang ternakan saya dari melihat status saya di “WhatssApp”. Terima kasih kepada sahabat saya  yang telah menyokong saya dalam penternakan arnab. Jadi sekarang, arnab saya telah berjaya di jual dengan kenalan rapat saya. Dalam era pandemik yang meruncing dan kerisaun yang memuncak kerana (corona virus -19), saya dapat mengatasi rasa (anxiety’s) dengan melihat dan membela arnab dan kerisauan itu tidak terfokus kepada virus yang merebak cepat di negara yang kita cintai ini. Insyaaallah, saya dapat tanggani masalah rasa kerisauan (anxiety) yang melampau dengan menghabiskan masa saya dengan haiwan ternakan saya ini. Saya amat bersyukur kerana dapat menanggani masalah kesihatan saya dengan adanya arnab yang comel ini. Sekarang saya tidak lagi rasa takut dan menjaga “SOP”yang sepatutnya apabila keluar membeli barangan keperluan. Alhamdulillah kerana Allah telah menjentik hati saya untuk membela haiwan ternakan yang sangat comel ini. Alahai….banyak pulak saya mengomel tentang saya. Ok lah... jom kita sambung lagi cerita tentang arnab saya pada masa akan datang di blog ini.

Terima kasih sekali lagi kerana anda membaca di blog ini. Sampai bertemu lagi di helaian seterusnya.

Popular posts from this blog

Umur Arnab Vs Manusia