Kelahiran Lionhead di Rabbitry Cottage Mieza Ali
Pada tarikh 8.8.2021 (Ahad) jam 10.30 malam, Seekor ibu arnab (Crystal) telah pun melahirkan seekor arnab yang comel. Alhamdulillah bertambah la ahli keluarga arnab Lionhead di Rabbitry Cottage Mieza Ali.
Untuk kali ke-3 Crystal telah lahirkan anak.
Buck kepada Crystal bernama Aquamarine. Seekor bapak yang juga jenis breed Lionhead.
Anak Crystal sebelum ini bernama (Sapphire Baby). Pada hari ini umurnya telah masuk 196 hari.
Untuk kali ini, saya masih mencari nama untuk anak yang baru. Kebiasaannya nama akan diberikan oleh saya setelah umur anak berumur 7 hari. Ini kerana mengikut pengalaman saya, arnab mati jika ibunya tidak pandai menjaga anak baru lahir dan tidak memberikan susu. Sebab itulah saya tak berikan nama awal-awal.
Tempoh bunting seekor arnab adalah 28-35 hari. Dari mulanya hari 'matting' di kira sehingga hari kelahiran.
Salasilah Lionhead
Sebagai pendatang baru dari American Breiters Association, Lionheads pertama kali dikenali sebagai baka murni baru-baru ini pada tahun 2014. Setelah berada di Amerika Syarikat selama kurang dari tiga puluh tahun, mereka dengan cepat menjadi kegemaran orang ramai kerana sebahagian besar mereka mengejutkan dengan bulu bergaya dan saiz mungil. Walaupun Lionheads masih memiliki jalan panjang sebelum aaamencapai populariti Holland Lops untuk tujuan pertunjukan, mereka masih dengan mudah menjual sekitar $100 (MYR400-500) dengan silsilah (sijil) yang disertakan. (sumber dari website petkeen.com)