Haiwan Ternak Yang Comel ~ Rabbitry Cottage Mieza Ali

 Kembalinya saya di blog ini untuk mencoretkan kenangan saya dengan haiwan ternakan saya iaitu  ARNAB.

Arnab adalah haiwan yang sangat comel dan merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili “Leporidae” yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab juga mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia. -(sumber dari wikipedia)

Untuk makluman semua pembaca, arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam sangkar dan dikurung dalam petak ataupun diletakkan di kawasan yang selamat seperti di ruang tamu.Arnab ini sebenarnya boleh dilatih untuk menggunakan bekas atau kotak jerami untuk membuang air  atau membuang air besar.

Makanan arnab biasanya diberikan palet atau sayuran segar atau buah-buahan yang tidak beracun. Makanan yang terbaik untuk arnab adalah terdiri daripada rumput Al fafa Hay dan rumput Timothy yang boleh dibeli di kedai pet shop atau di kedai online shopee dan sebagainya. Selain itu, arnab memerlukan bekalan air yang segar dan bersih. Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis haiwan, termasuk manusia, arnab lain, tikus belanda ataupun kucing dan anjing. Cara memegang arnab ialah dengan mendukung kedua belah tangan dan memegang dibahagian belakang arnab, oleh itu arnab perlu didukung pada perut dan punggungnya apabila diangkat. Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas cukup matang untuk membela dan menjaga arnab.

Saya ingin berkongsi beberapa gambar dengan pembaca bermulanya saya membina sangkar sehinggalah lahirnya beberapa ekor arnab yang baru di tempat ini.Di Rabbitry Cottage Mieza Ali ini terbinalah sebuah sangkar yang bol;eh menenpatkan 15 ekor arnab induk untuk meneruskan populasi generasi arnab ini. oh...saya lupa nak beritahu pembaca! Arnab yang saya beli ini adalah jenis atau (Breed Teddy  Bear) dan dikacukkan dengan arnab pendaging jenis Arnab New Zealand. Arnab ini cepat membiak kerana kadar kebolehan membiak dalam 30 hari untuk setiap sepasang induk.


KERJA MEMASANG NETTING

 Bermulanya kerja-kerja membina sangkar arnab di Rabbitry Cottage Mieza Ali. 

PROSES MEMBETULKAN TIANG SANGKAR

 

PROSES MEMASANG ATAP SEDANG DI LAKUKAN

Setelah 3 hari membina sangkar besar ini, seterusnya kami menyiapkan sangkar privasi untuk induk betina sebagai langkah untuk menyenangkan arnab bertina matting dan membiak dengan selesa. seperti di dalam gambar di bawah ini.

Bilik untuk arnab bertina matting
ALIF adalah sahabat saya yang banyak
membantu dalam pempembinaan sangkar ini

Setelah siap semuanya, proses untuk masukkan arnab akan dilakukan pada esok hari kerana sangkar itu di biarkan basah semalaman untuk menghilangkan bau kayu dan kotoran habuk yang ada melekat di kayu sangkar tersebut. setelah kering,sangkar privasi tersebut di alihkan masuk ke sangkar besar.

Sangkar bilik privasi induk bertina telah
di alihkan ke sangkar besar.

Alhamdulillah semua siap dalam masa 5 hari kerana faktor cuaca dan masa yang tidak lapang.Terima kasih kepada sahabat baikku Alif Aplus kerana banyak membantu dalam pembinan Sangkar Rabbitry Cottage Mieza Ali. Kerana dia juga ,impian ku dapat di realisasikan untuk memelihara arnab dan sekaligus menternak arnab breed teddy bear ini. Insyallah jika dah mempunyai pengalaman, akan saya kembangkan penternakan arnab ini.  Masa ini, perasaan tidak sabar untuk memindahkan arnab dari rumah sepupu saya ke sangkar ini. sehinggakan malam saya pun tidak tenang kerana perasaan gembira kerana segala persiapan telah saya lakukan dengan baik. semoga arnab saya semuanya gembira apabila pindah ke tempat baru ini.


Nabila sedang bermain dengan
 baby arnab
Ini adalah anak sepupu saya. Dia juga banyak mengajar saya cara memegang arnab ketika itu. Waktu ini, baby arnab baru lepas menyusu dengan ibunya. Umur arnab yang dipegang itu dalam 3 minngu. Comel kan???!!!




Baby arnab di Rabbitry Cottage Mieza Ali so cute!!!

So..lepas ini saya akan upload lagi gambar-gambar arnab di Rabbitry Cottage. STAY tune okey guys.
Thank you all...singgah di blog ini. Will see you again.