Kenali Arnab di Rabbitry Cottage
Mengenali Arnab Induk di Rabbitry Cottage Mieza Ali.
Di bawah ini semuanya arnab betina yang telah pun mempunyai anak generasi pertama. Setiap
arnab ini ada kisahnya tersendiri. Saya akan cuba menceritakan karekter haiwan comel ternakan saya ini.
- Nama : JAGUNG
- Umur : 1 +
- Jantina : Betina
- INDUK
![]() |
| Jagung |

Ini JAGUNG ia dinamakan sempena nama gelaran seorang teman yang selalu menceriakan hari saya setiap kali kami ber 'video call' sejak perintah berkurung di rumah iaitu PKP 2.0. Bagi mengenangkan DIA salah seorang teman saya yang selalu menemani saya dan kawan-kawan lain masa PKP itu, Saya telah letakkan nama gelarannya 'Jagung' sebab kerana masa itu saya tercari-cari apakah nama untuk arnab ini. So...saya panggil nama jagung arnab ini dan ia berpusing memandang saya. Maka terlekatlah nama nya jagung. Sikapnya yang permalu dan suka makan rumput Al fafa hay. Jika waktu tiba untuk rumput al fafa hay, ia mesti akan bangun dari tempat ia berehat. Memang cute sangat waktu tu. Seronok dapat tengok mereka suka makan rumput al fafa hay.
Ini pula nama Tamzanite. Sebab kenapa ia di namakan seperti itu sebab kerana ia seperti batu tamzanite yang color macam bulunya. 'Tone' color nya sangat cantik. Ia mempunyai anak dua. Tetapi seekor anaknya telah pun hilang kerana waktu itu, sangkar itu terlalu besar dan ia telus keluar dari sangkar. Kini seekor baby Tamzanite yang masih hidup telah pun besar dan berumur lima bulan+.
![]() |
| Tamzanite |

Nama : Tamzanite
Umur : 1+
Jantina : Betina
INDUK
![]() |
| Love |
Umur : 1+
Jantina : Betina
Ini pula ialah LOVE. Namanya diberikan oleh sahabat baik (BFF) yang juga partner bisnes saya. Love juga mempunyai anak generasi pertama. Ia melahirkan anak tunggal. Tapi sayang anaknya telah mati kerana pengabaian dalam memberikan susu selepas lahir. Sekarang ia direhatkan sementara untuk memberikan masa untuk kembali membiak kembali.
Di sebelah kiri ini adalah gambar anak LOVE. Sekor je ia lahirkan. Memang saya pun terkejut kerana saya tidak tahu ia bunting pada masa itu. Sangat malangnya saya, baby ini tak juga hidup lama. hanya 5 hari sahaja sempat hidup.Ia mati kelaparan, kerana ibunya tidak memberikan susu. Saya sedih juga kerana kejadian ini amat mengejut dan baru bagi saya yang baru bermula berjinak dengan haiwan perliharaan arnab ini. Insyaallah jika LOVE beranak lagi, saya akan cuba pastikan ia berikan cukup susu dan menjaga anaknya bersama-sama Love.
Cerita lagi tentang LOVE ini, satu kejadian telah berlaku secara tak sengaja. Saya tidak tahu bahawa seekor arnab betina akan menjadi garang jika ia telah pun bunting. Pada satu petang, seperti biasa saya akan memberikan makanan palet kepada mereka termasuklah Love. Apabila membuka sangkarnya, saya secara tak sengaja menghulur tangan tanpa melihat Love sedang memerhatikan saya dan terus mengigit tangan saya,mungkin pada fikirannya saya ingin mengapa-apakan ia. Apa lagi, terkesimalah saya, saya pun cakap pada Love lepaskan tangan saya, dan terus ia lepaskan. Memang rasa tergaman juga masa itu. Lepas itu adalah kesan gigitan tapi taklah sakit mana. Arnab ni satu je, kita kena pandai pujuk ia dan pegang ia dengan cara yang betul dan bukan mengancam ia. Arnab adalah haiwan yang pemalu dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Tetapi ia adalah haiwan yang manja. itulah antara pengalaman saya dengan arnab-arnab di Rabbitry Cottage Mieza Ali.
Banyak lagi cerita saya nak kongsi dengan pembaca tentang arnab di sini. Tetapi saya agak kepenatan sikit hari ini, sebab saya telah buat kerja di halaman rumah. Saya memindahkan beberapa anak pokok ke dalam pasu baru bagi pertumbuhan yang baik. Jadi saya rasa, setakat ini dulu saya coretkan cerita dalam helaian ini. Sampai kita bertemu lagi di helaian seterusnya. Saya ucapkan, selamat sejahtera kepada semua pembaca. Jaga diri hiasi peribadi. Sekian, terima kasih.
Jumpa lagi.




