Posts

Kelahiran Lionhead di Rabbitry Cottage Mieza Ali

Image
Pada tarikh 8.8.2021 (Ahad) jam 10.30 malam, Seekor ibu arnab (Crystal) telah pun melahirkan seekor arnab yang comel. Alhamdulillah bertambah la ahli keluarga arnab Lionhead di Rabbitry Cottage Mieza Ali. Untuk kali ke-3 Crystal telah lahirkan anak. Buck kepada Crystal bernama Aquamarine. Seekor bapak yang juga jenis breed Lionhead.  Anak Crystal sebelum ini bernama (Sapphire Baby). Pada  hari ini umurnya telah masuk 196 hari. Untuk kali ini, saya masih mencari nama untuk anak yang baru. Kebiasaannya nama akan diberikan oleh saya setelah umur anak berumur 7 hari. Ini kerana mengikut pengalaman saya, arnab mati jika ibunya tidak pandai menjaga anak baru lahir dan tidak memberikan susu. Sebab itulah saya tak berikan nama awal-awal.  Gambar di atas menunjukkan arnab baru di lahirkan.  Tempoh bunting seekor arnab adalah 28-35 hari. Dari mulanya hari 'matting' di kira sehingga hari kelahiran. Salasilah Lionhead   Sebagai pendatang baru dari Am...

Umur Arnab Vs Manusia

Image
Umur Arnab vs Manusia Jagung dan Love Satu perkongsian untuk pembaca tentang kematangan umur arnab berbanding dengan manusia. Di bawah ini satu jadual perbandingan umur arnab dengan manusia. Kita mungkin pernah melihat carta yang memberi jangka hayat kepada anjing dalam "manusia" bertahun-tahun. Ini adalah cara mudah bagi kita untuk mengaitkan berapa umur anjing kita berbanding kita. Saya sering bertanya-tanya berapa umur sebilangan arnab kita pada usia manusia. Oleh itu, saya membuat jadual di bawah setelah melakukan analisis yang teliti di Google. Saya dapatkan jadual ini bagi menambah pengetahuan saya dan juga pembaca agar kita sama-sama tahu ilmu ini boleh di kongsi bersama. UMUR  ARNAB                     UMUR MANUSIA 1 Minggu                                             1 Tahun 2...

Kenali Arnab di Rabbitry Cottage

Image
Mengenali Arnab Induk di Rabbitry Cottage Mieza Ali. Di bawah ini semuanya arnab betina yang telah pun mempunyai anak generasi pertama. Setiap  arnab ini ada kisahnya tersendiri. Saya akan cuba menceritakan karekter haiwan comel ternakan saya ini.  Nama : JAGUNG Umur : 1 + Jantina : Betina  INDUK Jagung     Ini JAGUNG ia dinamakan sempena nama gelaran seorang teman yang selalu menceriakan hari saya setiap kali kami ber 'video call' sejak perintah berkurung di rumah iaitu PKP 2.0. Bagi mengenangkan DIA salah seorang teman saya yang selalu menemani saya dan kawan-kawan lain masa PKP itu, Saya telah letakkan nama gelarannya 'Jagung' sebab kerana masa itu saya tercari-cari apakah nama untuk arnab ini. So...saya panggil nama jagung arnab ini dan ia berpusing memandang saya. Maka terlekatlah nama nya jagung. Sikapnya yang permalu dan suka makan rumput Al fafa hay. Jika waktu tiba untuk rumput al fafa hay, ia mesti akan bangun dari tempat ia berehat. Memang cute sangat...

Poster Jualan Di Rabbitry Cottage Mieza Ali

Image
ARNAB BERUMUR 4-5 BULAN TERHAD  C.O.D KAWASANS SEKITAR SAHAJA KEMASEK, KERTEH & KEMAMAN SHJ. HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI POSTER. 

Haiwan Ternak Yang Comel ~ Rabbitry Cottage Mieza Ali

Image
 Kembalinya saya di blog ini untuk mencoretkan kenangan saya dengan haiwan ternakan saya iaitu  ARNAB. Arnab adalah haiwan yang sangat comel dan merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili “Leporidae” yang tergolong dalam order Lagomorpha . Arnab juga mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia. -(sumber dari wikipedia) Untuk makluman semua pembaca, arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam sangkar dan dikurung dalam petak ataupun diletakkan di kawasan yang selamat seperti di ruang tamu.Arnab ini sebenarnya boleh dilatih untuk menggunakan bekas atau kotak jerami untuk membuang air  atau membuang air besar. Makanan arnab biasan...

My Rabbitry Cottage by Mieza Ali

Image
Salam kenal buat semua pembaca blog di luar sana. Di sini, saya ingin melakarkan ucapan jutaan terima kasih kepada pembaca blog ini terlebih dahulu. Terima kasih kerana singgah ke blog ini. Kat sini saya ingin simpan kenangan tentang penternakan arnab saya yang baru bermula sejak April 2021.           Selamat datang ke" Rabbitry Cottage Mieza Ali " yang telah di bina sejak March 2021. Pondok ini di bina khas untuk menternak arnab. Sejak melandanya wabak pandemik virus corona-19 ke negara kita, saya telah bercadang untuk menternak arnab bagi mengisi masa lapang dan yang terpaksa berkurung di rumah sendiri kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).                 Nama saya Cik Mieza Ali. Saya telah mendapat idea untuk penternakan arnab ini daripada sebuah akbar di tanah air kita Malaysia. Dari situ saya telah membuat "research" sendiri bagi mencari ilmu untuk pengetahuan tentang kehidupan arnab dan keperluan haiwan yan...